<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d9101811404637609953\x26blogName\x3dYADAYAH\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://riyadh-sayang-hidayah.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://riyadh-sayang-hidayah.blogspot.com/\x26vt\x3d4997614793504664330', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
Tuesday, September 30, 2008':D

Huby,

mungkin i bukan seorang wanita yang u idamkan. Dan i tau slamer duer tahun ni... Banyak halangan dan rintangan yang kita lalui.
I ngaku, i tk dptluperkan u sepenuhnyer.. Hanya permainan kater-kater i buat u pk yang i blh luperkan u... Tapi... itu sumer tk benar b.. I sayangkan u sangat.
Sehinggakan i sanggup bersabar demi restu mama dan ayah i.
I bahagia dapat bersama u.. Yelah, maner ader laut tiada gelombangkann..
Maner ader hubugan tanpa pergaduhan..
Semaser kiter gaduh-gaduh sayang tu.. Macam-macam yang terjadi..
ingin i bersusun jari memohon maaf pd u..
Maafkan i k syg...? AND i nak duet rayer!!!!!!

selamat ari rayer sygg...
MUAX!

Aku sayang dia..



Friday, September 19, 2008':D

CINTA, apa itu cinta?? pasti ada di kalangan kamu tertanya-tanya apa itu cinta?? tanpa cinta, tanpa lah sayang....sebenarnya, sebaik-baik cinta ialah, CINTA PADA TUHAN, SAYANG SESAMA MAKHLUK, bukan CINTA KAN DUNIA, SAYANG KAN HARTA!! Ni yg aku marah ni!! hahaha. . . cinta itu pada mula nya putih, suci, umpama kain putih yang baru di beli, jadi, tugas kita lah sebagai seorang PENCINTAN, untok ukir kain yang suci itu, terpulang kepada kamu semua ingin mencorak kan cantik atau pun di sebaliknya...jangan lah kamu merosakkan lukisan yang telah di lukis dengan sebaik-baiknya...jikalau kamu musnah kan!!! sukar bagi kamu untuk melukis kan semula menjadi seperti sedia kala...ingat lah wahai teman.. jaga lah hak kamu, jaga lah sesuatu benda yang amat berharaga bagi kamu...tanpa cinta, kita tidak akan ada di muka bumi ini..... dan cinta itu jugak ada pelbagai bentuk, contohnya, cinta pada TUHAN,cinta pada RASUL, cinta monyet, yang baru-baru ni pulak cinta SMS??? sudah lah, yang penting sekarang, saya amat menyintai keluarga saya, diri saya, kekasih yang di kasihi, dan juda sahabat-sahabat saya...saya akhiri dengan ampun dan maaf, SALAM....

Aku sayang dia..



Monday, September 1, 2008':D

Mengenang Yang Sudah Pergi

Tirai malam yang berlabuh menjadi tayangan setiaku. Bulan yang menghiasi dada langit ditemani bintang yang berkelipan, membuat hatiku bertambah sebak kerana mengenang yang sudah tiada. Apatah lagi bulan Ramadhan yang tiba, menyahut kesayuan hatiku..

Bak kata pepatah, bagaikan embun dihujung rumput. Tiada yang kekal di dunia, kecuali Yang Maha Esa. Sedangku leka dibuai khayalan, aku terimbas kembali waktu aku sekeluarga harus melalui dugaan-NYA. Bersama kita menghadapi permergiaan yang tersayang, satu demi satu. Waktu itu, kita hanya mampu berserah atas ketentuan Yang Maha Berkuasa.

Nenda, adinda yang telah pergi menyahut seruan Illahi dahulu, mengajar aku sekeluarga erti rindu. Adindaku, Nur Ain Nabila, baharu sahaja belajar bertutur kata. Cabaran yang dilimpah, dia terima dengan seadanya.

Hidupmu penuh terseksa. Tak dapatku tahan air mata yang mengalir deras, melihat engkau berjuang demi nyawamu. Biarpun dunia yang berteknologi tinggi, tiada apa yang mampu menghalang kehendak-NYA. Satu persatu engkau diuji. Menahan sakit perit yang harus kau lalui.

Namun, mengapa engkau yang harus dipilih? Mengapa engkau yang harus melalui ujian ini? Belum puas kau melihat keindahan alam ini, kau terpaksa akur dengan perintah-NYA. OH! betapa hebatnya kuasa-MU. Tiada siapa yang boleh menentang.

Maafkan kakak, adinda. Kerana tidak sempat membantu kau dalam perjuanganmu. Belum puasku hitung hari, kau pergi jua menghadap Illahi. Sebak hati ini melihat wajahmu kali akhir. Gerun diri ini mendengar talqin di tanah perkuburan.

Hatiku sebak sekali, melihat jasadmu ditimbus tanah. Terimbas sekali di fikiranku, 'Bilakah tiba hari aku?' Aku mengorak langkah pulang. Ibu di rumah, lemah longlai tiada tenaga. " Oh Tuhan Yang Maha Penyayang, berilah ibu kekuatan untuk menghadapi pemergiaan puterinya," rintih hati kecilku.

Hari demi hari berlalu, tak aku sedari dua tahun sudah berlalu. Hidupku kembali ceria. Setelahku redha atas pemergiaan adinda tercinta. Betapa syukurnya diri ini, tika dikurniakan ahli baharu ke keluargaku. Nurul Aisyah puteri baru, kami sekeluarga sambut kehadirannya penuh riang.

Aku terlalu sibuk dengan hal dunia. Sehingga kehilangan nenda sebelah ayah membuat aku sedar, akan kelalaian sebagai insan hamba Illahi. Terasa pilu sungguh hati ini. Terpaksa berdepan dengan pemergiaan orang yang disayangi. 'Namun siapa aku untuk menghalang kehendak dan perintahmu?'

Terkenang waktu dipukul ayah kerana didapati bersalah, engkau datang memberi lindungan. Linangan air matamu menghentikan sakit ditubuh. Jari halusmu menbelai ubunku. Tidak kau gerak setapak sebelum aku tertidur lena. Kini, itu semua hanya kenangan yang sementara. Kerana kau telah pergi buat selamanya.

Pemergiaanmu bak akar tumbuh hilang berganti. Dua minggu selepas pemergiaanmu, Muhammad Haziq hadir di kamus keluarga ini. Hanya syukur dapatku ucapkan pada Yang Maha Penyayang.

Jika pemergiaan kau dan adinda membawa hikmah dan menghentikan seksaanmu di dunia, aku redha kau pergi dari kau terus merana kesakitan. Bukan aku pasra, tetapi aku hanya berserah jika ini yang ditulis di kamus hidup aku sekeluarga.

Aku sangkakan ini yang terakhir. Sangkaanku ternyata salah. Insan yang bergelar nenda. Yang sentiasa di bawah naugan rumahku ini jatuh sakit. Sehari semalam aku berjaga, memastikan keperluannya di rumah sakit terjaga rapi. Satu hari kami lalui bersama, pelbagai perkara yang dikongsi. Biarpun mataku mengantuk, aku paksa diri untuk terus meminjamkan kupingku.

Sekali-sekala kita tertawa kerana jenaka yang dikongsi bersama. Mesra sungguh kami berdua. Pada keesokkan harinya, doktor yang memeriksa, memberitahuku khabar buruk. Jantung nenda di sebelah ibu, tidak kuat lagi. Aku sekeluarga harus bersedia. Terasa duniaku kelam. Kelam dari waktu malam. Gelap dari warna hitam. Aku diminta merahsiakan hal ini dari pengetahuannya.

Sejurus itu juga, aku dihantui masa lalu. Tika aku berlaku biadap pada insan ini. Kekesalan yang sering tiba lewat, mengetuk pintu sanubariku.

Beberapa hari dia telah dibenarkan pulang, dia pinta menyambut hari kelahirannya. Yang dia sendiri tidak pasti. Hari itu diraih penuh keriangan. Tercalit skuntum senyuman di bibirnya. Itulah tanda kepuasan hatinya. Aku tersenyum girang melihat dia berborak senda dengan saudara-mara.

Pantas sekali masa berlalu. Tiga hari selepas itu, kau pergi jua. Kau meninggalkan aku sekeluarga dengan kenangan indah saat bersama. Terkenang kembali waktu kau mengajarku mengaji, mengajar aku erti kehidupan. Masih jelas di layar mataku, pahit manis yang kita sekeluarga lalui bersama.

Sekali lagi aku harus melihat jasad orang yangku sayangi ditimbus tanah. Walaupun pemergiaanmu diiringi tangisan ayah, ibu dan saudara-mara, kita akur dengan keinginan-NYA. Biarlah kau pergi dengan tenang, dari kau terus terseksa. Tak sanggup lagi aku melihat air matamu mengalir menahan kesakitan yang harus kau lalui. Sambil bibirmu meraung meminta belas ihsan.

Sekembalinya aku di istanaku, aku membersihkan diri serta menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang muslimah. Lalu aku merendah diri pada Yang Maha Berkuasa sambil aku menadah kedua belah telapak tanganku dan berdo'a.

"Oh Tuhan, sekiranya ini yang terbaik buat aku sekeluarga, kuatkanlah iman kita. Berilah kami cahaya hidayah-MU agar kita teguh melaluiu dugaan ini. Berilah ayah dan ibuku pertunjuk yang berlimpahan, kasih sayang yang berkekalan dan kekuatan untuk menghadapi dugaan yang KAU berikan. Agar kau lindungi keluargaku ini dari segala pancaroba. Serta kau berilah kami cahaya dan lindungan-MU untuk kita tempuh tembok derita..."

Hadirnya bulan Ramadhan ini, mengeratkan lagi ingatanku pada yang sudah tiada. Sahur dan berbuka puasa membuat hatiku tersentuh sayu. Sejurus itu, tercetus persoalan buat manusia di dunia ini. Manusia yang tidak menghargai pinjaman dan pemberian Illahi yang hanya sementara.

Jika mereka tahu tiada yang kekal di dunia ini, mengapa masih ada yang bermain dengan masa? Bukankah mereka juga insan biasa, yang tidak tahu bilakah masa mereka akan tiba? Wahai manusia di muka bumi ini, hentilah bermain masa yang akan dimamah waktu. Semakin hari kita semakin berusia. Semakin dekat pada hari perhitungan.

Sedarkah kamu bahawa masa ini cepat berlalu? Masa yang tidak akan berputar. Bukankah engkau yang harus mengejar masa dan bukan sebaliknya?Tidakkah engkau takut dengan balasan Illahi? Lihatlah pada jenazah yang akan dikembalikan dari mana dia dijadikan. Tiada apa yang dibawa bersama kecuali tiga helai kain putih. Tiada wang, tiada kereta dan tiada rumah sebesar ibu jari sekalipun..Oleh itu..sedarlah...

Pada yang telah pergi menyahut seruan Illahi, inginku sedekahkan Al-Fateha buat bekalanmu di hari nanti..Amin...

Aku sayang dia..







Yadayah

Si Jejaka Muhammad Riyadh Asli
Sekolah Menengah Fajar
Tujuh Belas Tahun
27 Oktober 1991
<3 Hidayah


Si Gadis Nur Hidayah Ariffin
Sekolah Menengah Woodgrove
Enam Belas Tahun
16 November 1992
<3 Riyadh

Keinginan

*Sukses
*Restu dan Keadilan
*Hubungan yang berkekalan

Komen



Lirik

Under construction


THANKS .

editer; left&right;//♥
basecodes; %PURPUR.black-
imagehoster; photobucket
made using photoshop elements .
anti-ripping, puhlease :D